Home Sukan CARRICK KEKAL BIMBING UNITED LAWAN ROMA

CARRICK KEKAL BIMBING UNITED LAWAN ROMA

London: Michael Carrick dijangka kekal mengendalikan Manchester United bagi aksi Liga Juara-Juara menentang Roma di Old Trafford, Rabu ini meskipun pasukannya tewas 0-2 kepada Chelsea, Sabtu lalu.

Memetik laporan Agensi melalui Harian Metro, United gagal mencatat kemenangan dalam sembilan perlawanan dan merekodkan permulaan musim terburuk sejak 1988, namun kedudukan Carrick dijangka dinilai semula ketika rehat antarabangsa selepas aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) seterusnya, yang menyaksikan United menerima kunjungan Aston Villa, Isnin depan.

Ketua jurulatih berusia 45 tahun itu hampir kehilangan jawatannya sebelum ini apabila Jason Wilcox dan Omar Berrada mengadakan pertemuan di pusat latihan bagi membincangkan masa depannya.

Pengarah bola sepak dan ketua pegawai eksekutif kelab itu memutuskan untuk memberi peluang kepada Carrick bagi memperbaiki prestasi serta keputusan pasukan.

Skuad kendalian Carrick kini berada di tangga ke-17 dengan tujuh mata, hanya berada di luar zon penyingkiran menerusi kelebihan perbezaan jaringan.

Namun, masih terdapat pandangan dalam kalangan pihak pengurusan tertinggi kelab bahawa Carrick mampu mengubah nasib pasukan.

Penyokong United yang hadir menyaksikan perlawanan di Stamford Bridge pada Sabtu lalu juga masih memberikan sokongan kepadanya meskipun pasukan mengalami kekalahan.

Selepas perlawanan, Carrick memberi bayangan bahawa dia menjangkakan masih akan mengendalikan pasukan ketika menentang Roma.

“Kami perlu terus bergerak ke hadapan dan memenangi perlawanan,” katanya.

Eddie Howe adalah calon pilihan Wilcox sekiranya Carrick dipecat, dengan hubungan antara kedua-dua pihak difahamkan sudah terjalin.

Bekas pengurus Newcastle itu terbuka untuk menerima jawatan berkenaan, tertakluk kepada rundingan antara kedua-dua pihak.

Sementara itu, bekas ketua jurulatih Jerman dan Bayern Munich, Julian Nagelsmann turut mendapat perhatian Christopher Vivell, pengarah pengambilan pemain United, yang dipercayai sudah menghubungi rakan senegaranya itu.

Kedua-duanya pernah bekerjasama ketika di RB Leipzig.-AGENSI, HMetro Online-

IMedikelTV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here