Kuala Terengganu: Pelakon terkenal tanah air, Eman Manan dianugerahkan Darjah Kebesaran Dato’ Paduka Mahkota Terengganu (D.P.M.T.) bersempena Ulang Tahun Ke-64 Hari Keputeraan Sultan Terengganu.
Memetik laporan Harian Metro, Anugerah berkenaan sekali gus melayakkan beliau menggunakan gelaran Dato’.
Eman Manan atau nama sebenarnya, Abdul Manan Embong, antara penerima darjah kebesaran negeri yang mengiktiraf sumbangan dan jasa beliau dalam bidang seni serta industri lakonan tanah air.
Pengiktirafan itu turut meletakkan nama pelakon berkenaan sebaris dengan penerima darjah kebesaran negeri Terengganu yang lain.
Eman Manan merupakan antara pelakon berpengalaman yang mewarnai industri seni tanah air menerusi pelbagai watak dalam drama, filem dan karya televisyen sepanjang kerjayanya.
Eman Manan memenangi anugerah Pelakon Lelaki Terbaik di Festival Film Malaysia (FFM) sebanyak tiga kali, termasuk menerusi filem pertamanya, Matinya Seorang Patriot (1984), Bintang Malam (1991), dan Buai Laju-Laju (2004).
Penganugerahan berkenaan menjadi satu lagi pengiktirafan terhadap sumbangan beliau dalam bidang seni yang telah diceburinya selama bertahun-tahun.- Bernama-HMetro–
IMedikel TV






