Oleh: Rahimi Hashim@IMedikel TV
KUANTAN: Pasukan Pahang Rangers FC kini terus kekal menghuni tangga kedua Liga Futsal Perdana Malaysia (MPFL) 2026 selepas menamatkan saingan sirkit keempat di Stadium Tertutup SUKPA, di sini semalam.
Dua perlawanan sirkit keempat menyaksikan Tok Gajah terpaksa akur apabila tewas 3-5 kepada Selangor FC sebelum mencatat kemenangan 5-2 keatas Pro Odin Sarawak, semalam.
Ketua jurulatih Pahang Rangers, Eloy Alonso Fraile berkata, kekalahan pada Selangor di perlawanan pertama sirkit keempat menjejaskan usaha untuk Pahang Rangers berada ditangga pertama saingan liga kali ini.
Bagaimanapun, menurutnya kemenangan keatas Pro Odin Sarawak sedikit sebanyak dapat mengubat luka selepas tewas kepada Merah Kuning yang kini semakin selesa berada diatas liga.

“Saya berharap prestasi pasukan Pahang Rangers terus berada dikemuncak dalam memastikan peluang berada dikemuncak liga menjadi kenyataan, kesungguhan barisan pemain ditagih untuk mencapai kejayaan.
“Dua perlawanan sirkit kelima pada 12 Julai depan di Shah Alam, Selangor diharap berpihak pada Pahang Rangers dalam memastikan perbezaan mata dengan pendahulu liga tidak terlalu jauh,” katanya, di sini hari ini.
Beliau menambah, pada perlawanan dengan Selangor tiga jaringan Pahang Rangers disumbang oleh Ahmad Harith Na’im Nasir, Muhammad Syariruddin Md Akhir dan Felipe de Souza. Pertemuan dengan Pro Odin Sarawak dua gol dijaringkan oleh Akmarulnizam Mohd Idris, Filepe, Tuan Eizlan Aminudin dan Muhammad Syarifuddin Md Akhir.
Fraile berkata, dia tidak menyalahkan pemain selepas Pahang Rangers tewas pada Selangor, mereka telah berusaha memberi persembahan terbaik memburu kemenangan namun nasib tidak berpihak pada kita yang mendapat sokongan peminat setia.
“Pelawat tampil dengan persembahan yang lebih baik sejak mula perlawanan, bagaimanapun kita tetap memberi tentang sengit hingga penghujung perlawanan,” katanya.
IMedikel TV






