Home Sukan DALIC AKUI AKSI PEMBUKAAN LAWAN ENGLAND PENENTU NASIB CROATIA DI PIALA DUNIA

DALIC AKUI AKSI PEMBUKAAN LAWAN ENGLAND PENENTU NASIB CROATIA DI PIALA DUNIA

VARAZDIN, Croatia: Zlatko Dalic melihat aksi pembukaan Croatia menentang England sebagai perlawanan paling penting yang boleh menentukan perjalanan mereka pada musim panas ini, sambil mengakui perlawanan awal yang lebih mudah mungkin lebih sesuai buat pasukan yang bergelut dengan isu kecergasan dan prestasi.

Memetik laporan  Agensi menerusi Berita Harian, Croatia menewaskan Slovenia 2-1 dalam aksi persahabatan terakhir sebelum berlepas ke Amerika Syarikat namun Dalic dijangka berdepan masalah pemilihan pemain ketika menentang England pada 17 Jun.

Mateo Kovacic dan Josip Gvardiol baru pulih daripada kecederaan, sekali gus menambah kebimbangan terhadap keadaan skuad Croatia yang sebelum ini menamatkan saingan di tempat ketiga pada 2022 dan naib juara empat tahun sebelumnya.

“Ya, mungkin kerana perlawanan pertama boleh merosakkan segalanya,” kata Dalic apabila ditanya sama ada beliau lebih suka berdepan England pada perlawanan yang lebih lambat berbanding aksi pertama.

“Pada Kejuaraan Eropah (EURO) 2024, kami tewas 3-0 kepada Sepanyol pada perlawanan pertama dan kami jatuh, tidak dapat bangkit. Tetapi sebelum ini kami pernah menewaskan Nigeria (2018) dan seri dengan Maghribi (2022). 

“Kami tidak boleh memilih lagi. Perlawanan pertama adalah yang paling penting. Kami akan berjuang menentang England dan cuba lakukan yang terbaik untuk menang.” 

Dalic pernah mengemudi Croatia ketika menewaskan England pada separuh akhir Piala Dunia 2018, namun enggan mengulas mengenai kemungkinan kesan psikologi terhadap lawan mereka sambil menegaskan England kini sudah dua kali menewaskan Croatia sejak itu.

Beliau turut memuji kekuatan pasukan England di bawah Thomas Tuchel serta persiapan awal mereka di Amerika Syarikat (AS), dengan England tiba di Miami seminggu lebih awal walaupun perlawanan di Dallas hanya berlangsung pada 17 Jun.

“Pasukan yang sangat kuat, liga mereka adalah yang terbaik di dunia dan mereka bermain sangat ofensif, sangat pantas. Kami perlu lakukan sesuatu yang lebih,” katanya.

“Saya menonton perlawanan menentang New Zealand, tetapi ia bukan situasi sebenar. Ia menunjukkan betapa seriusnya pasukan anda apabila mereka datang ke Amerika hampir 20 hari lebih awal untuk persiapan.

“Tetapi saya sentiasa optimis,” -AGENSI, BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here