Home Hiburan ADAM CORRIE MOHON DOA LEMBUTKAN HATI INDIVIDU BERSIFAT DENGKI

ADAM CORRIE MOHON DOA LEMBUTKAN HATI INDIVIDU BERSIFAT DENGKI

39
0

KUALA LUMPUR: Perkongsian pelakon, Adam Corrie Lee Abdullah di Threads mengundang perhatian ramai apabila memuat naik doa memohon perlindungan daripada hasad dengki dan niat buruk manusia. 

Menerusi hantaran dimuat naik itu, Adam Corrie juga pelakon filem Takluk: Lahad Datu menulis doa agar dilembutkan hati individu yang dengki terhadapnya selain memohon dijauhkan daripada sebarang keburukan.

“Ya Allah, jika ada hati yang dengki pada ku, lembutkan hati mereka.

“Jika ada yang berniat buruk, jauhkanlah ku daripada keburukan itu.

“Lindungilah aku dan keluargaku dengan rahmat-Mu,” tulisnya.

Hantaran berkenaan turut menerima pelbagai reaksi positif daripada pengikut yang rata-ratanya mengaminkan doa terbabit selain mendoakan kesejahteraan buat pelakon berusia 58 tahun itu.

Sehingga kini, hantaran itu mendapat ratusan tanda suka dan komen daripada pengguna media sosial. – HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here