Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV
PUTRAJAYA: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) memaklumkan pelaksanaan bagi Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) versi baharu yang dijadual bermula 1 Jun ini ditangguhkan ke satu tarikh lain yang akan diumumkan kemudian.
Ketua Pengarah JIM, Datuk Zakaria Shaaban berkata, penjadualan semula itu dibuat bagi memastikan kelancaran penyampaian perkhidmatan serta pengalaman urusan rakyat terus berada pada tahap terbaik.
“Namun, orang ramai masih boleh memperbaharui PMA sedia ada seperti biasa dan pasport yang masih berkuat kuasa kekal sah digunakan sehingga tamat tempoh.
“Sebarang perkembangan lanjut berkaitan pelaksanaan PMA versi baharu akan dimaklumkan menerusi saluran rasmi Jabatan Imigresen Malaysia dari semasa ke semasa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata, jabatan itu menghargai kerjasama dan sokongan berterusan daripada orang ramai selain kekal komited memperkukuh aspek keselamatan dokumen perjalanan negara.
Katanya, JIM juga akan terus memastikan penyampaian perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
IMedikel TV






