Home Buletin Semasa 494KG MINYAK MASAK BERSUBSIDI DIRAMPAS

494KG MINYAK MASAK BERSUBSIDI DIRAMPAS

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

PASIR MAS: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan menerima serahan kes rampasan membabitkan 494 kilogram (kg) minyak masak bersubsidi yang dipercayai cuba diseludup ke negara jiran dalam satu operasi di Kampung Binjai, Kangkong, di sini.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Negeri KPDN Kelantan, Aswadi Jaafar berkata, serahan kes itu diterima oleh KPDN Cawangan Pasir Mas daripada Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 7 kira-kira jam 1.45 tengah hari, pada Ahad.

“Rampasan berkenaan adalah hasil serbuan di sebuah rumah di Kampung Binjai, Kangkong, Pasir Mas.

“Dalam serbuan itu, pihak berkuasa merampas kira-kira 493kg minyak masak bersubsidi bersama sebuah kenderaan jenis Toyota Unser yang dipercayai digunakan untuk kegiatan berkenaan.

“Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan hampir RM6,232.50,” katanya dalam menerusi laman rasmi semalam.

Beliau berkata, turut ditahan dalam operasi itu ialah seorang lelaki tempatan berusia lingkungan 30-an bagi membantu siasatan.

Katanya, kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana disyaki memiliki barang kawalan tanpa lesen atau kebenaran yang sah.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here