Home Luar Negara PENTAGON DEDAHKAN IMEJ DARI BULAN TUNJUKKAN FENOMENA TIDAK DIKENAL PASTI – DOKUMEN

PENTAGON DEDAHKAN IMEJ DARI BULAN TUNJUKKAN FENOMENA TIDAK DIKENAL PASTI – DOKUMEN

31
0

WASHINGTON: Kumpulan pertama fail UFO yang dikeluarkan oleh Jabatan Perang Amerika Syarikat (AS) mengandungi gambar dari permukaan Bulan yang diambil semasa misi Apollo 12 dan didakwa memaparkan fenomena tidak dikenal pasti, menurut dokumen yang dilihat Sputnik/RIA Novosti pada Jumaat.

Memetik Bernama-Sputnik/RIA Novosti menerusi Harian Metro, terdahulu pada hari sama, Pentagon mengumumkan pelepasan awal fail yang sebelum ini tidak pernah didedahkan berkaitan fenomena anomali tidak dikenal pasti.

Dokumen itu merangkumi beberapa gambar yang diambil dari permukaan Bulan semasa misi Apollo 12.

Imej berkenaan menunjukkan objek kecil seperti titik. Pihak berkuasa bagaimanapun, tidak menjelaskan secara terperinci apakah objek yang dirakam itu, sebaliknya hanya merujuknya sebagai “fenomena tidak dikenal pasti.”-Bernama-Sputnik/RIA Novosti, HMetro Online-

IMedikel TV 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here