Home Luar Negara LELAKI PAKISTAN TUKAR IDENTITI, MASUK SEMULA SECARA HARAM KE SINGAPURA

LELAKI PAKISTAN TUKAR IDENTITI, MASUK SEMULA SECARA HARAM KE SINGAPURA

292
0

SINGAPURA: Lelaki yang pernah diharamkan memasuki Singapura lebih dua dekad lalu, mengaku bersalah di mahkamah kerana menggunakan identiti palsu untuk kembali ke negara itu, lapor The Straits Times.

Memetik laporan AGENSI menerusi Harian Metro sepanjang penipuannya, lelaki itu bukan sahaja berjaya tinggal di Singapura tetapi turut berkahwin, membina keluarga dan akhirnya menjadi warganegara.

Tertuduh, Muhammad Salman, 45, seorang warga Pakistan, membuat pengakuan itu pada 17 September lalu atas beberapa pertuduhan berkaitan penipuan identiti.

Satu fakta menarik, ini bukan kesalahan pertamanya apabila pada 1998, Salman yang ketika itu dikenali sebagai Malik Irfan Arshad, pernah dipenjara kerana menipu dan memberi maklumat palsu yang menyebabkannya dihalang masuk ke Singapura seumur hidup.

Namun, hanya setahun kemudian pada 1999, dia kembali ke Singapura dengan identiti baharu.

Penipuannya berterusan apabila dia membuat perisytiharan palsu untuk mendapatkan status penduduk tetap pada 2002, dan sekali lagi untuk menjadi warganegara Singapura pada 2007.

Peguam Salman, Teo Choo Kee, dalam rayuan berkata, Salman yang ketika itu masih muda, membuat keputusan terburu-buru untuk mencari masa depan lebih baik.

Tambahnya, Salman merasakan dia “tidak banyak pilihan selain meneruskan penipuan ini,” terutama selepas membina keluarga.

Namun, pihak pendakwaan menyifatkan tindakannya sebagai “terang-terangan” dan tidak teragak-agak untuk berbohong kepada pihak berkuasa berulang kali.

Pendakwaan menegaskan kesalahannya adalah satu jenayah berterusan kerana dia menikmati faedah kewarganegaraan secara haram selama hampir 20 tahun.

Salman akan dijatuhi hukuman pada 2 Oktober depan.

Dia kini berdepan hukuman berat termasuk penjara, denda puluhan ribu ringgit, dan paling penting, sekurang-kurangnya tiga sebatan rotan. – AGENSI, HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here