Home Sukan PIALA SUPER ITALI KEMBALI KE ARAB SAUDI DISEMBER INI

PIALA SUPER ITALI KEMBALI KE ARAB SAUDI DISEMBER INI

262
0

ROM: Piala Super Itali bakal berlangsung di Arab Saudi pada Disember depan, umum Liga Bola Sepak Itali, semalam.

Memetik laporan AFP menerusi Harian Metro dalam kenyataan rasmi, badan itu mengesahkan edisi ke-38 berkenaan akan diadakan di Riyadh dari 18 hingga 22 Disember, sekali gus menjadi kali keenam Arab Saudi menjadi tuan rumah.

Format sejak 2023 kekal dengan empat pasukan beraksi, juara Serie A Napoli, naib juara liga Inter Milan, juara Piala Itali Bologna serta naib juara AC Milan, yang juga juara bertahan Super Cup musim lalu.

Sementara itu, Serie A sebelum ini dikritik penyokong apabila merancang untuk mengadakan aksi liga antara AC Milan dan Como di Perth, Australia pada 6 Februari depan.

Langkah itu dibuat bagi mengelak pertembungan dengan majlis pembukaan Sukan Olimpik Musim Sejuk 2026 di San Siro, Milan.

Situasi hampir sama berlaku di Sepanyol apabila La Liga memberi lampu hijau untuk perlawanan Barcelona menentang Villarreal dipindahkan ke Miami, Florida pada 20 Disember.

Keputusan itu turut menerima bantahan kumpulan penyokong di Eropah.

Biarpun aksi Piala Super kerap dianjurkan di luar negara, cadangan memindahkan perlawanan liga utama seperti di Itali dan Sepanyol dianggap langkah pertama yang cukup kontroversi dalam sejarah bola sepak Eropah. – AFP, HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here