Home Buletin Semasa LELAKI DIBURU POLIS DITAHAN DI PASIR MAS

LELAKI DIBURU POLIS DITAHAN DI PASIR MAS

328
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

PASIR MAS: Seorang lelaki yang dikehendaki polis diberkas anggota Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) dalam satu serbuan di sebuah rumah di Kampung Jenereh Tujoh, di sini, pada Rabu.

Menurut Komander Briged Tenggara PGA, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid, serbuan dilakukan pada jam 4 petang menerusi Op Taring Wawasan dalam usaha membanteras jenayah dan aktiviti haram di kawasan sempadan negeri.

“Hasil pemeriksaan ke atas suspek mendapati lelaki berusia 24 tahun itu merupakan individu yang sedang diburu pihak berkuasa berhubung kesalahan di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.

“Suspek telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here