Home Luar Negara GREECE JATUHKAN MAKANAN DI RUANG UDARA GAZA

GREECE JATUHKAN MAKANAN DI RUANG UDARA GAZA

336
0

ATHENS: Memetik laporan AFP menerusi Berita Harian Greece menjatuhkan sebanyak 8.5 tan bekalan makanan di beberapa kawasan di Gaza semalam, kata Perdana Menteri, Kyriakos Mitsotakis.

Menerusi kenyataan di Facebook, Mitsotakis berkata, operasi itu dianjurkan dengan kerjasama negara Kesatuan Eropah (EU) dan Asia Barat dalam misi menghantar bantuan makanan ke Gaza melalui udara.

Katanya, dua pesawat tentera udara negara itu, Hellenic digunakan untuk menjatuhkan bekalan makanan berkenaan.

“Operasi ini dianjurkan dengan kerjasama negara dari EU dan Asia Barat, bertujuan menyokong keperluan asas penduduk di wilayah yang terjejas.

“Greece akan terus mengambil inisiatif untuk menghentikan pertempuran serta-merta, membebaskan tebusan dan memastikan aliran bantuan kemanusiaan ke Gaza tanpa halangan. Adalah tanggungjawab kita semua untuk segera menamatkan penderitaan manusia,” katanya.

Sejak kebelakangan ini, negara Barat termasuk Britain, Perancis dan Sepanyol bekerjasama dengan negara Asia Barat bagi menghantar bekalan kemanusiaan melalui udara ke Palestin.

Namun, Ketua Agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA), Philippe Lazzarini memberi amaran bahawa penghantaran melalui udara sahaja tidak akan mampu mengelakkan kebuluran yang semakin buruk.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan Gaza

memerlukan sekurang-kurangnya 600 lori bantuan setiap hari untuk memenuhi keperluan asas penduduknya. – AFP, BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here