Home Sukan FRAILE PUJI PERSEMBAHAN PEMAIN PAHANG RANGERS SELEPAS MENEWASKAN JDT

FRAILE PUJI PERSEMBAHAN PEMAIN PAHANG RANGERS SELEPAS MENEWASKAN JDT

Oleh: Rahimi Hashim@IMedikel TV

KUANTAN: Persembahan bertenaga barisan pemain Pahang Rangers FC pada babak kedua menjadi kelebihan buat tuan rumah menjinakkan Johor Darul Ta’zim (JDT) 4-2 pada perlawanan separuh akhir pertama Liga Futsal Perdana Malaysia (MPFL) di Stadium Tertutup SUKPA, di sini kelmarin.

Jaringan skuad bimbangan jurulatih, Eloy Alonso Fraile disumbang pemain import mereka Felipe de Souza (dua gol) dan masing-masing satu gol oleh Rodrigo Galvao de Silva dan Tuah Eizlan Aminnudin. Dua jaringan pelawat menerusi Awalluddin Mat Nawi dan Andres Prieto

Menurut Fraile, dia memuji kesungguhan dan semangat tinggi yang dipamerkan barisan pemain Pahang Rangers sepanjang perlawanan dengan JDT yang tampil memberi saingat dengan memburu kemenangan.

Katanya, janji pemain untuk mencatat kemenangan sebelum pertemuan separuh akhir pertama itu berjaya ditunaikan di hadapan penyokong setia Tok Gajah yang begitu memerlukan kejayaan.

“Perlawanan begitu sengit dipamerkan kedua-dua pasukan, nasib berpihak pada pasukan Pahang Rangers apabila empat gol berjaya dihasilkan menerusi Souza, Rodrigo dan Tuah Eizlan.

“Secara keseluruhan saya berpuas hati dengan kemenangan keatas JDT yang memiliki kelebihan untuk memenangi perlawanan separuh akhir pertama,” katanya, di sini semalam.

Beliau menambah, kemenangan yang dicatat diharap menjadi pembakar semangat pada barisan pemain untuk mencatat kemenangan pada perlawanan separuh akhir kedua di gelanggang lawan pada 10 Oktober depan untuk merebut tiket final.

Fraile berkata, peluang Pahang Rangers melangkah ke pentas final kini terbuka, cuma keputusan perlawanan separuh akhir kedua menjadi penentuan pada episod seterusnya musim ini.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here