Home Buletin Semasa ORANG RAMAI BERKUMPUL DI HQE I TUNGGU KEPUTUSAN BEDAH SIASAT ZARA QAIRINA

ORANG RAMAI BERKUMPUL DI HQE I TUNGGU KEPUTUSAN BEDAH SIASAT ZARA QAIRINA

506
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

KOTA KINABALU: Pengamal media dan orang awam berkumpul sejak awal pagi tadi di perkarangan Hospital Queen Elizabeth (HQE) I bagi menunggu keputusan proses bedah siasat Allahyarham Zara Qairina Mahathir di sini, hari ini.

Menurut orang awam yang dikenali Jesman ketika ditemui berkata, dia berharap keadilan dapat ditegakkan bagi arwah Zara Qairina, 13, penuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datuk Mustapha di Papar, Sabah yang dikaitkan dengan insiden buli, baru-baru ini.

“Kejadian tersebut amat menyedihkan dan seluruh masyarakat mengharapkan pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya.

“Pagi ini, bedah siasat forensik akan dijalankan bagi mengenal pasti punca kematian, kita menunggu keputusan itu dengan harapan kebenaran akan terungkai, ‘Justice for Zara’,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Terdahulu, jenazah pelajar berusia 13 tahun itu tiba di hospital pada jam 10.30 malam tadi selepas selesai proses gali semula dari Tanah Perkuburan Islam Tanjung Ubi di Sipitang kira-kira jam 7.30 malam, semalam.

Jenazah arwah Zara kemudian dihantar ke Jabatan Radiologi untuk Imbasan Tomografi Berkomputer (CT Scan) sebelum ditempatkan di Jabatan Forensik Perubatan.

Pelajar tingkatan satu itu ditemui tidak sedarkan diri di sebuah asrama sekolah terbabit di Papar pada 16 Julai lalu dan meninggal dunia keesokannya di HQE I sebelum dikebumikan pada hari sama.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here