Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV
SERI KEMBANGAN: Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah dan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimumah Iskandariah berkenan menziarahi jenazah Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali di kediaman Allahyarhamah di sini, hari ini.
Turut mengiringi baginda berdua ialah Tengku Mahkota Pahang bersama Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah serta Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah dan suami, Tuan FD Idzham FD Iskandar.
Dalam ziarah kira-kira setengah jam itu, baginda berdua menzahirkan ucapan takziah kepada Tun Dr Mahathir Mohamad serta seluruh ahli keluarga atas pemergian insan tersayang.
Paduka Baginda turut bertanya khabar Tun Dr Mahathir dan menitahkan kata-kata semangat sebagai tanda sokongan kepada bekas Perdana Menteri itu dalam menghadapi kehilangan isteri tersayang.
Jenazah Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah kemudian dikebumikan di Pusara Negara, Presint 20, Putrajaya selepas solat Asar, hari ini.
IMedikel TV






