Home Luar Negara 14 MAUT DALAM KEBAKARAN KILANG PIROTEKNIK DI RUSSIA

14 MAUT DALAM KEBAKARAN KILANG PIROTEKNIK DI RUSSIA

MOSCOW: Sekurang-kurangnya 14 orang maut dalam kebakaran di sebuah kilang piroteknik di wilayah Yaroslavl, Russia, pada Isnin, menurut agensi berita milik kerajaan, TASS, yang memetik perkhidmatan kecemasan.

Memetik laporan Reuters menerusi Berita Harian, seorang mangsa sedang menerima rawatan di hospital, manakala kebakaran itu dilaporkan sudah dipadamkan, menurut TASS.

Gabenor wilayah, Mikhail Evrayev, dalam kenyataan menerusi Telegram, berkata 10 kematian sudah disahkan dan operasi mencari serta menyelamat (SAR) akan diteruskan.

Kebakaran itu memusnahkan dua bangunan di kampung Kubrinsk, berhampiran bandar Pereslavl-Zalessky.

Kira-kira 200 anggota kecemasan dikerahkan ke lokasi kejadian, kata Evrayev.

Pihak berkuasa Russia membuka kes jenayah berhubung dakwaan pelanggaran peraturan keselamatan industri, menurut agensi berkenaan. – REUTERS, BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here