Home Luar Negara 10 LAGI TERBUNUH BERHAMPIRAN PUSAT BANTUAN GHF DI GAZA

10 LAGI TERBUNUH BERHAMPIRAN PUSAT BANTUAN GHF DI GAZA

221
0

GAZA: Seramai 10 lagi terbunuh manakala 30 yang lain cedera susulan tembakan dilepaskan tentera Israel ke arah orang awam yang cuba memasuki pusat agihan makanan Yayasan Kemanusiaan Gaza (GHF) semalam.

Memetik laporan AFP menerusi Berita Harian jurucakap Agensi Pertahanan Awam Gaza, Mahmoud Bassal, berkata ‘beberapa’ tembakan dilepaskan pasukan Israel ke arah orang ramai di bulatan Al-Alam, berhampiran pusat agihan GHF di Rafah.

Katanya, enam rakyat Palestin yang dalam perjalanan ke pusat bantuan terbunuh dalam satu kes tembakan manakala empat lagi maut kira-kira lapan jam kemudian.

Bassal berkata, seramai 31 orang cedera akibat tembakan tentera Israel dalam serangan berasingan di pusat GHF dekat selatan bandar Gaza, awal pagi semalam.

Tentera Israel mengakui melepaskan ‘tembakan amaran’ dalam kes berdekatan pusat terbabit, selain menjelaskan ‘beberapa individu cuba mendekati anggota Pasukan Pertahanan Israel (IDF) yang sedang melakukan operasi di Rafah.

Jurucakap tentera Israel berkata, ‘ribuan orang awam Palestin cuba menceroboh pusat agihan bantuan, sekali gus menimbulkan ancaman ke atas anggota IDF yang sedang bertugas di Koridor Netzarim’.

“Anggota IDF melepaskan tembakan amaran untuk menghalau individu terbabit, selain menyedari laporan mengenai beberapa individu cedera dan ia sedang disiasat.

“Amaran lisan sudah diberikan untuk menghalau suspek, namun apabila mereka terus mara dengan cara mengancam keselamatan anggota, tentera bertindak melepaskan tembakan amaran,” kata jurucakapnya.

Beberapa kes tembakan maut berlaku sejak GHF membuka pusat agihan bantuan di Palestin pada 27 Mei lalu, selain Israel berdepan lonjakan tekanan antarabangsa berhubung krisis kemanusiaan. – AFP, BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here