Home Luar Negara TAUFAN BAVI TERBESAR DALAM TIGA DEKAD ANCAM TAIWAN

TAUFAN BAVI TERBESAR DALAM TIGA DEKAD ANCAM TAIWAN

13
0

KEELUNG: Ratusan penduduk di Taiwan dipindahkan dari kediaman mereka manakala banyak sekolah dan pejabat ditutup susulan Taufan Bavi yang disifatkan sebagai taufan terbesar melanda pulau itu dalam tempoh lebih tiga dekad.

Memetik laporan AFP menerusi Harian Metro, Taufan Bavi dijangka membadai bahagian utara dan timur Taiwan serta pulau-pulau terpencil di barat daya Jepun sebelum bergerak ke China pada hujung minggu ini.

Menurut Pentadbiran Cuaca Pusat Taiwan (CWA), Bavi merekodkan kelajuan angin berterusan maksimum 162 kilometer sejam dengan tiupan sehingga 198 kilometer sejam.

Peramal CWA, Wang Ping-hsiang berkata, impak paling besar dijangka melanda Taipei, New Taipei, Keelung dan Yilan, manakala hujan paling lebat diramal berlaku di kawasan tanah tinggi di tengah serta utara Taiwan.

Dengan radius angin kencang sejauh 380 kilometer, Bavi dijangka menjadi taufan terbesar melanda Taiwan dalam tempoh lebih 30 tahun.

Penduduk di kawasan yang dijangka terjejas membuat pelbagai persiapan termasuk menyimpan bekalan makanan, melindungi kediaman dan premis perniagaan serta mengikat gerai dan peralatan luar bagi menghadapi angin kencang.

Lebih 1,000 penduduk turut dipindahkan, kebanyakannya di daerah pergunungan Hualien, susulan kebimbangan terhadap risiko banjir dan tanah runtuh apabila taufan itu dijangka membawa hujan sehingga satu meter.

Presiden Taiwan, Lai Ching-te menggesa penduduk di kawasan berisiko supaya terus berwaspada kerana walaupun Bavi semakin lemah, kawasan anginnya yang luas masih berpotensi membawa angin kencang dan hujan lebat.

Selepas melepasi Taiwan, Bavi dijangka membadai timur China yang sebelum ini turut dilanda cuaca ekstrem sehingga mengorbankan sekurang-kurangnya 39 nyawa.- AFP, HMetro Online-

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here