Home Luar Negara TAK SEMPAT NAK BERAYA DI KAMPUNG, WANITA MATI DITIKAM ANAK KANDUNG

TAK SEMPAT NAK BERAYA DI KAMPUNG, WANITA MATI DITIKAM ANAK KANDUNG

138
0

INDONESIA: Seorang lelaki berusia 27 tahun yang berasal dari Indonesia ditahan polis selepas disyaki membunuh ibu kandungnya dalam satu kejadian pada Sabtu lalu.

Ibu ditikam anak kandung

Suspek yang dikenali sebagai David Humaidi Candra Kuncoro tergamak menikam perut dan dada ibunya menggunakan pisau sebanyak tiga kali. Ketika kejadia, mangsa yang merupakan tenaga kerja wanita (TKW) di Hong Kong dikatakan telah pulang ke tanah air Indonesia sekitar dua minggu lalu untuk menyambut hari raya bersama keluarga.

Tetapi sebaliknya yang terjadi apabila mangsa akhirnya dibunuh oleh anak kandungnya sendiri. Menurut salah seorang jiran tetangga, kedua-dua beranak itu dipercayai bertengkar kerana masalah wang. Individu ini menyifatkan David seorang yang baik namun dia kerap beremosi setiap kali dimarahi si ibu.

Mangsa selalu marah anak lelakinya kerana selalu habiskan duit yang dikirimkan mangsa. David (suspek) juga jarang bekerja.

Susulan daripada itu, suspek telah ditahan polis dan siasatan lanjut masih dijalankan. Polis percaya motif kejadian berpunca daripada sakit hati.

Sumber: Bogor Tribunnews

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here