Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV
Penjagaan payudara adalah penting untuk mengekalkan kesihatan dan mencegah masalah seperti jangkitan, sakit, atau tanda awal kanser payudara. Berikut adalah panduan penjagaan payudara:
Penjagaan Harian:
1. Kebersihan:
- Cuci payudara dengan sabun lembut dan air suam setiap hari.
- Keringkan dengan betul, terutama di bahagian lipatan untuk mengelakkan kelembapan berlebihan.
2. Pemilihan Bra:
- Pilih bra yang sesuai dengan saiz dan menyokong payudara dengan baik.
- Elakkan memakai bra yang terlalu ketat, kerana ini boleh mengganggu peredaran darah
3. Melembapkan Kulit:
- Gunakan pelembap khas untuk menjaga keanjalan kulit di sekitar payudara.
- Elakkan produk yang mengandungi bahan kimia keras.
Faktor Risiko Kanser Payudara
- Peningkatan usia
- Mempunyai ahli keluarga yang menghidap kanser payudara
- Telah mendapat kanser pada satu payudara
- Mula datang haid awal (sebelum umur 12 tahun) atau putus haid lewat (selepas umur 50 tahun)
- Tidak pernah melahirkan anak atau melahirkan anak pada umur melebihi 30 tahun
- Pemakanan tinggi lemak dan kurang pengambilan sayur- sayuran serta buah-buahan

Tanda-Tanda Kanser Payudara
- Iritasi pada kulit atau permukaan kulit berkedut seperti oren
- Sakit di payudara atau putting
- Lelehan cecair atau darah
- Puting berubah bentuk atau termasuk ke dalam
- Benjolan atau bengkak
- Perbezaan saiz atau bentuk payudara

Pemeriksaan Payudara Secara Sendiri
- Periksa payudara sebulan sekali
- Lihat jika terdapat sebarang perubahan. bentuk, warna atau tekstur
- Gunakan hujung jari untuk memeriksa keseluruhan payudara
- Periksa payudara mula daripada bahagian luar ke arah putting
- Lakukan bulatan kecil daripada bahagian luar payudara ke putting
- Picit puting payudara untuk periksa jika ada cecair
- Lakukan juga pemeriksan dalam keadaan baring
- Pastikan anda memeriksa sehingga ke bahagian ketiak

IMedikel TV
Sumber: Dr. Tengku Ahmad Damitri Al-Astani Tengku Din Unit BestARi, Hospital USM






