Home Segmen Kesihatan SAKIT BELIKAT: PUNCA DAN RAWATAN

SAKIT BELIKAT: PUNCA DAN RAWATAN

765
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

Ramai yang mengalami kesakitan pada belikat sehingga mengganggu fokus dalam aktiviti harian.

Apakah penyebab berlakunya sakit belikat?

1. Cedera dan Ketegangan Pada Otot

Cedera dan ketegangan pada otot ini disebabkan oleh sering mengangkat beban yang berat, posisi tubuh yang salah semasa bekerja, bersukan berlebihan, bekerja di depan komputer secara berlebihan, posisi tidur yang salah,

Kecederaan pada otot menyebabkan timbulnya rasa sakit pada tulang belikat ini. Bahkan menyebabkan ia mempengaruhi otot lain pada bahu hingga punggung.

2. Sakit Tendon

Sakit pada bahagian tendon sering terjadi dalam kalangan ahli sukan seperti Tennis Elbow dan dan Golfer Elbow.

Semakin anda lakukan pergerakan, semakin sakit anda rasakan. Kawasan terlibat akan sakit diiringi dengan kemerahan, kehangatan dan bengkak.

3. Ada Masalah Pada Tulang dan Sendi

Patah tulang jarang terjadi bagi pesakit tulang belikat kerana tulang belikat termasuk tulang yang paling sulit dipatahkan.

Kes tulang belikat yang patah dapat selalunya disebabkan oleh jatuh atau kecelakaan. Penyakit osteoporosis, arthritis dan kanser boleh mengundang nyeri di tulang belikat, bahu, atau leher.

4. Sakit Jantung

Individu yang mengalami sakit jantung akan mengalami kesakitan pada bahagian dada terutama pada tulang belikat.

Jika anda dapat rasakan kesakitan pada bahagian tulang belikat, jangan ambil ringan andai anda mempunyai risiko penyakit jantung.

5. Masalah Pada Perut dan Pangkal Peha

Antara faktor lain yang sakit tulang belikat ialah jika anda ada masalah pada bahagian perut dan pangkal peha.

Hak ini boleh berlaku disebabkan kerengsaan saraf yang melalui dasar diafragma sehingga munculnya rasa sakit yang pada bahu atau tulang belikat bahagian kanan ini.

Sakit pada perut dan pangkal peha ini berlaku disebabkan oleh masalah kesihatan seperti refluks hempedu.

6.  Kanser

Kanser paru-paru boleh menjadi punca kesakitan ini berlaku. Hal ini kerana, tumor telah menolak saraf yang berhampiran dengan atas paru-paru.

Di mana,bahagian inilah yang menyebabkan sakit di tulang belikat terjadi.

Antara kanser yang menyebabkan sakit di tulang belikat ialah:

  • Pancoast tumor
  • Esophageal cancer
  • Mesothelioma
  • Lymphomas
  • Kanser hati
  • Kanser payudara

Namun terdapat beberapa senaman untuk mereka yang mempunyai masalah ini. Antaranya ialah:

1.    Upper Back Stretching

●    Shoulder Rolls

  1. Anda boleh lakukan aktiviti ini ketika anda berdiri atau duduk.
  2. Lakukan pusing pada bahagian bahu ke arah belakang.
  3. Ulang selama 2 hingga 4 kali.

●    Wall Push-up

  1. Anda hanya perlu berdiri 30-60 cm jarak di hadapan dinding.
  2. Letakkan tangan di dinding setentang dan melepasi kawasan bahu pada dinding.
  3. Dekatkan diri pada dinding dengan perlahan dan kembali ke posisi awal.
  4. Ulang aktiviti ini 8 ke 12 kali. Jika anda berasa sakit semasa melakukan aktiviti ini, dekatkan diri anda dengan dinding.

2.    Back Rotation

  1. Baring dengan selesa di atas lantai yang rata.
  2. Bengkok kaki anda anda jatuhkan kedua-dua kaki ke bahagian kiri. Bepakan tangan bagi menampung tubuh badan.
  3. Tahan selama 20 saat dan jangan paksa diri andai berasa sakit.
  4. Tukar posisi ke bahagian kanan. Ulang selama 2 hingga 5 kali.

3. Rhomboid Strengthening

●    Lower Neck and Upper Back (Rhomboid) Stretch

  1. Letakkan tangan anda ke hadapan badan. Pastikan tangan anda saling berpegangan.
  2. Perlahan-lahan lunjurkan tangan ke hadapan sehingga anda berasa sakit di bahagian belikat beransur.
  3. Gerakkan kepala anda ke hadapan secara perlahan.
  4. Tahan selama 15 hingga 30 saat. Anda ulang 2 hingga 4 kali.

●    Neck Rotation

  1. Anda boleh buat pilihan untuk duduk atau berdiri semasa membuat aktiviti ini.
  2. Pusingkan kepala anda ke bahagian kanan dan tahan selama 15 hingga 30 saat. Maintain posisi dagu anda dari bergerak.
  3. Ulang langkah ini sehingga 2 ke 4 kali setiap sisi.

Jagalah tubuh badan anda dengan baik bagi mengelakkan sebarang permasalahan pada masa akan datang. Kita nak guna tubuh ini pada jangka masa yang lama.

Jika kesakitan tidak berkurang atau memerlukan rawatan, perlu segera ke hospital berdekatan anda.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here