Home Buletin Semasa MAYAT REMAJA LELAKI LEMAS DITEMUI SELEPAS 20 MINIT SOLAT HAJAT

MAYAT REMAJA LELAKI LEMAS DITEMUI SELEPAS 20 MINIT SOLAT HAJAT

211
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

KOTA BHARU: Mayat remaja lelaki berusia 13 tahun yang dilaporkan lemas di pintu air Pangkal Kalong, Kok Lanas, di sini, petang semalam ditemui selepas 20 minit melakukan solat hajat di kawasan kejadian.

Ketua Zon 1, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan, Khairul Ariffin Che Ramli, berkata solat hajat tersebut dilaksanakan oleh ahli keluarga mangsa dan seluruh penduduk kampung di kawasan kejadian.

“Mayat Muhammad Aqif Aisar Azrie Faisal ditemui lebih 100meter dari lokasi dipercayai hilang pada 11.30 pagi tadi.

“Jenazah itu dihantar terus ke Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ) II, Kota Bharu untuk bedah siasat,” katanya.

Beliau berkata, operasi mencari dan menyelamat hari ini bermula jam 9 pagi selepas pencarian yang dilakukan semalam tidak berhasil.

Menurutnya, operasi tersebut disertai 21 anggota bomba termasuk 10 anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) selain enam anggota polis.

Jelasnya, sepanjang operasi pencarian, pihaknya menggunakan teknik selaman dalam radius 100meter bermula dari lokasi mangsa dipercayai hilang.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here