KENCHO SHACHA GOZDI: Sekurang-kurangnya 257 mangsa terbunuh di Ethiopia setakat semalam akibat tanah runtuh, menurut Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OCHA).
Menurut agensi kebajikan di bawah naungan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu, yang memetik pihak berkuasa tempatan, tragedi berlaku di wilayah berpenduduk padat di selatan Ethiopia.
Bencana banjir lumpur yang dicetuskan hujan lebat di kawasan kecil Kencho Shacha Gozdi itu turut mengakibatkan tanah runtuh di beberapa kawasan dan masih berlaku hingga sekarang.
Di lokasi sama, kelihatan orang ramai masih menangis hiba meratapi kehilangan ahli keluarga yang terkorban akibat tragedi itu, yang menurut OCHA, jumlah korban mungkin mencecah hingga 500 orang kerana ramai masih hilang.
Tragedi itu disifatkan menjadi tanah runtuh paling dahsyat dalam rekod di negara yang terkenal dengan jolokan ‘Horn of Africa’, dengan penyelamat masih meneruskan usaha mencari dan mengeluarkan mangsa yang terkorban.
Menurut Jurucakap OCHA, Jens Laerke, tragedi itu dijangka bertambah serius kerana cuaca masih buruk di kawasan berkenaan.
“Justeru, kawasan ini dijangka menerima lebih banyak hujan, kita seharusnya tidak terkejut dan bersedia untuk mengharungi lebih banyak kecemasan seperti ini melanda Ethiopia.
“Dalam konteks ini, kita perlu menjadikannya sebagai tanda amaran menggambarkan keadaan di sini cukup mendesak dan sangat memerlukan bantuan dana daripada agensi kemanusiaan bagi meneruskan kerja mencari dan menyelamat (SAR),” katanya.

Bagaimanapun, OCHA berkata lebih 15,000 orang perlu dipindahkan kerana risiko tanah runtuh akan berlaku lagi termasuk kanak-kanak kecil dan beribu-ribu wanita hamil atau ibu sedang berpantang.
Katanya, bantuan kemanusiaan sudah mula tiba termasuk empat trak dari Persatuan Palang Merah Ethiopia.
Pegawainya berkata, kebanyakan mangsa tertimbus apabila mereka bergegas mahu membantu mangsa tanah runtuh pertama, berikutan hujan lebat di kawasan yang terletak kira-kira 480 kilometer (km) dari ibu negara, Addis Ababa.
Banyak pihak dan badan antrabangsa menzahirkan takziah termasuk dari Kesatuan Afrika (AU); Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres serta Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus, yang berasal dari Ethiopia.
Negara kedua paling ramai penduduk di Afrika itu sering dilanda bencana berkaitan perubhan iklim dan lebih 21 juta orang atau kira-kira 18 peratus penduduk bergantung kepada bantuan kemanusiaan akibat konflik, banjir atau kemarau. – AFP,BH Online –
Imedikel TV