Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV
KOTA BHARU: Seramai 20 tukang cuci di tiga sekolah di daerah ini dan Bachok berdepan dengan kesukaran hidup apabila gaji mereka tertunggak sejak empat bulan lalu.

Nani Abdul Rahman, 53, juga seorang ibu tunggal berkata dia antara pekera yang belumdibayar gaji sejak Mac lau.
“Sepanjang berada di bawah pengurusan syarikat berkenaan sejak Disember lalu, hanya dua bulan pertama sahaja pembayaran gaji iaitu RM1,500 sebulan berjalan lancar.
“Selebihnya gagal dibayar. Jumlah keseluruhan gaji sekitar RM6,000 dalam tempoh empat bulan belum lagi diterima.
Katanya, majoriti pekerja mempunyai komitmen yang besar malah dia sendiri perlu membiayai seorang anak yang menderita masalah buah pinggang tahap akhir dan perlu menjalani rawatan dialisis tiga kali seminggu.
“Kami kini hidup dalam berhutang,”katanya
Nani berkata mereka sudah membuat dua laporan polis selain laporan di pejabat buruh namun tiada maklum balas.

Seorang lagi tukang cuci, Muhamad Hanif Ridzuan, 29, buntu mencari wang untuk persediaan perkahwinannya pada September ini.
Muhamad Hanid berharap tunggakan gaji itu dilunaskan untuk mengurangkan bebannya.
“Saya banyak berhutang dengan keluarga untuk persediaan perkahwinan.
“Jika gaji saya dibayar, saya akan menggunakan wang tersebut sebagai hantaran, kalau tidak mungkin majlis itu hanya dibuat kecil-kecilan sahaja,”katanya.

Kesulitan sama dialami Asrul Dailamie Awang, 38, yang terpaksa mencatu perbelanjaan pada masa sama menjaga ibunya yang berusia 82 tahun yang menghidap angin ahmar.
“Saya berharap sangat pihak berkenaan membayar gaji kami. Kami bukan orang senang. Saya terpaksa mencatu segala perbelanjaan.
“Bukan itu sahaja saya perlu berjimat kerana ibu memerlukan perbelanjaan membeli lampin pakai buang serta susu khas,” katanya ketika ditemui di Kedai Lalat, di sini, pada Khamis.
Katanya, wang simpanannya semakin menyusut malah untuk makan minum seharian di tempat kerja juga banyak dibantu guru yang simpati dengan nasibnya serta rakan lain.
Difahamkan, sebaik syarikat pembersihan itu menghilangkan diri, ada syarikat lain yang mengambil alih secara sementara untuk tempoh dua bulan sehingga Ogos.
Imedikel TV






