Home Buletin Semasa MINDEF NAFI TAHAP PERKEMBANGAN PEROLEHAN LCS RENDAH

MINDEF NAFI TAHAP PERKEMBANGAN PEROLEHAN LCS RENDAH

182
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

MACHANG: Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menafikan proses pelaksanaan perolehan kapal tempur pesisir berada pada tahap yang rendah sebagaimana yang dilaporkan Jabatan Audit Negara.

Katanya Kerajaan Perpaduan meneruskan pembinaan selepas mengambil alih pemerintahan dan ada yang sudah berjaya diuji bagi memastikan reka bentuk sesuai atau sebaliknya.

“Laporan audit bukan merujuk kepada hasil tahun ini atau tahun lalu, sebaliknya beberapa tahun yang lalu membabitkan kapal yang tidak siap.

“Kita menjangkakan kapal pertama akan siap pada 2026 dan isu ini sudah dapat diselesaikan dengan peruntukan dan pembinaan dilaksanakan dengan baik,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Machang 2024 di sini pada Jumaat.

Media sebelum ini melaporkan, semakan audit mendapati prestasi perolehan dan penerimaan kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sehingga 31 Disember 2022 adalah rendah berbanding sasaran 18 kapal ditetapkan dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) dan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).

Jumlah perolehan itu jauh lebih rendah berikutan hanya empat kapal diterima atau 22.2 peratus dengan sembilan lagi dalam proses pelaksanaan perolehan daripada keseluruhan enam kapal LCS, 10 kapal misi pesisir (LMS) dan dua kapal sokongan pelbagai guna (MRSS).

Tambahynya Mohamed Khaled berkata, negara baharu sahaja melakukan perolehan tiga kapal LMS dari Turkey membabitkan penghantaran pada bulan Oktober, November, dan Disember 2027.

“Kita sudah ada lima LCS, tiga LMS, dan akan memperoleh kapal lain dari semasa ke semasa di samping kapal sedia ada yang masih boleh dipakai,” katanya.

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here