Home Luar Negara MAHKAMAH AGUNG BRAZIL UNDI UNTUK NYAH JENAYAH PEMILIKAN GANJA KEGUNAAN PERIBADI

MAHKAMAH AGUNG BRAZIL UNDI UNTUK NYAH JENAYAH PEMILIKAN GANJA KEGUNAAN PERIBADI

160
0

BRASÍLIA: Selepas perbicaraan panjang, Mahkamah Agung Brazil memutuskan, majoriti hakim mengundi bagi menyahjenayah pemilikan ganja untuk kegunaan peribadi.

Presiden mahkamah, Luis Roberto Barroso berkata, lapan daripada 11 hakim mahkamah tertinggi itu mengundi bahawa memiliki sejumlah kecil ganja untuk kekal sebagai perbuatan haram, satu yang tidak dihukum dalam prosiding jenayah.

“Kami mempunyai majoriti untuk memutuskan, memiliki ganja untuk kegunaan peribadi adalah perbuatan terlarang tetapi bukan bersifat jenayah,” katanya.

Hakim juga membahaskan jumlah ganja yang membezakan pengguna biasa daripada pengedar dengan kadar dicadangkan antara 25 hingga 60 gram.

Barroso berkata, keputusan itu akan diumumkan pada Rabu.

Perkara itu dibawa ke Mahkamah Agung oleh peguam yang membela seorang banduan yang menerima tempoh tambahan kerana menyembunyikan tiga gram ganja di dalam selnya.

Perbicaraan bermula pada 2015.

Undang-undang semasa Brazil, bertarikh 2006, menganggap sebagai jenayah untuk memperoleh, memiliki atau mengangkut dadah tanpa kebenaran.

Undang-undang itu menghapuskan hukuman penjara untuk jenayah itu, tetapi tidak menjelaskan kuantiti yang dianggap untuk kegunaan peribadi

Ia membawa hukuman yang lebih ringan seperti khidmat masyarakat atau apabila seseorang itu dianggap memperdagangkan bahan itu sehingga membawa hukuman berat tempoh penjara.

Tafsiran itu diserahkan kepada polis, pendakwa raya dan hakim perbicaraan.

Beberapa negara menyahkriminalisasi penggunaan ganja rekreasi dalam beberapa tahun kebelakangan ini, mengetepikan hukuman penjara untuk pengguna.

Uruguay berbuat demikian pada 2013, manakala Jerman tahun ini menjadi negara Kesatuan Eropah terbesar yang menghalalkan ganja rekreasi, diikuti Malta dan Luxembourg. – AFP, HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here