Home Luar Negara 8 CEDERA TERMASUK 2 PARAH DALAM SERANGAN PISAU DI POLAND

8 CEDERA TERMASUK 2 PARAH DALAM SERANGAN PISAU DI POLAND

PRAGUE: Sekurang-kurangnya lapan orang cedera, dua daripadanya parah, dalam serangan menggunakan pisau di sebuah kolej vokasional di Poland, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Suspek, seorang lelaki berusia 19 tahun, ditahan, kata jurucakap polis kepada Polsat News pada Rabu.

Serangan itu berlaku di sebuah pusat latihan vokasional di Bandar Ostrołęka, kira-kira 100 kilometer di utara Warsaw. Mereka yang cedera terdiri daripada pelajar dan guru.

Menurut keterangan saksi, lelaki muda itu memegang sebilah pisau dan menyerang orang ramai. Mereka yang diserang dilaporkan menjerit meminta pertolongan. Pasukan perkhidmatan kecemasan tiba di lokasi dengan segera.

Suspek meninggalkan kawasan sekolah selepas serangan namun kemudian ditahan di pinggir bandar berkenaan, kata jurucakap polis.

Siasatan terhadap motif serangan dilakukan suspek masih dijalankan.

Datuk Bandar Ostrołęka Pawel Niewiadomski berkata keadaan terkawal dan penyerang berada dalam tahanan.

Beliau mengumumkan bahawa sokongan psikologi akan disediakan kepada pelajar dan guru yang terjejas akibat serangan itu.

Ostrołęka mempunyai penduduk kira-kira 48,000 orang.

Pusat latihan vokasional itu ditutup sehingga diberitahu kelak. Kelas di semua sekolah lain di bandar turut digantung. – BERNAMA, BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here