Home Buletin Semasa 60 KANAK-KANAK ISTIMEWA TERIMA TERAPI MINDA DI TAMAN FAMAZARA

60 KANAK-KANAK ISTIMEWA TERIMA TERAPI MINDA DI TAMAN FAMAZARA

170
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

KOTA BHARU: Seramai 60 kanak-kanak istimewa menerima kaedah terapi alam sekitar di taman Famazara, di sini, hari ini.

Pengasas Bizara Educare Centre, Wan Zakaria Wan Abu Bakar berkata, beliau memberi penerapan kepada mereka menggunakan terapi itu agar pembelajaran tidak terhad di dalam kelas sahaja, tetapi juga di sekitar tanaman hijau.

“Apabila adanya taman Famazara ini, mereka boleh belajar menanam dan menjaga pokok sekaligus memberi satu pengalaman baharu terhadap diri mereka.

“Famazara mempunyai pelbagai jenis tanaman di sini, kerana paling penting adalah kesan pokok itu terhadap minda kanak-kanak tersebut,” katanya ketika sidang media, di sini, hari ini.

Wan Zakaria berkata, penanaman pokok di kawasan Bizara adalah seluas 3,700 kaki persegi yang boleh memperkasakan lagi komuniti istimewa itu melalui latihan berasaskan pertanian.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here