Home Buletin Semasa FAMA KELANTAN BERI SUMBANGAN 296 ANAK POKOK UNTUK LATIHAN PERTANIAN KANAK-KANAK ISTIMEWA

FAMA KELANTAN BERI SUMBANGAN 296 ANAK POKOK UNTUK LATIHAN PERTANIAN KANAK-KANAK ISTIMEWA

185
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

KOTA BHARU: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Kelantan menyumbangkan sebanyak 296 anak pokok kepada sebuah pusat pendidikan kanak-kanak istimewa, Famazara Agro Educare.

Pengarah FAMA, Wan Faizatul Aniza Ismayatim berkata, kesemua anak pokok tersebut diberikan bagi memudahkan pembelajaran dan latihan pertanian yang boleh menjadi terapi minda untuk kanak-kanak tersebut.

“Pokok-pokok yang diberikan untuk program ini adalah lebih kepada pokok buah-buahan sayur-sayuran yang mana ia membantu perkembangan untuk anak-anak istimewa bagi pembelajaran di luar bilik darjah khususnya akan melihat berkaitan dengan proses penanaman, penuaian dan seterusnya berkaitan dengan proses ‘sensory evaluation’.

“Dalam masa sama, kita mempromosikan juga produk buah-buahan tempatan yang mana kita ketengahkan keistimewaan nutrisi produk atau buah-buahan khusus untuk perkembangan dan juga nutrisi anak-anak istimewa,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Famazara Agro Educare sebagai Pusat Rujukan Pertanian Untuk Kanak-Kanak Istimewa, di sini, pada Ahad.

Wan Faizatul Aniza berkata, projek Famazara memberi keberkesanan yang positif dan membuka peluang kepada kanak-kanak tersebut untuk mengetahui tentang sekuriti makanan.

“Dalam masa sama, mereka belajar juga berkenaan dengan kepentingan pertanian, kepentingan agromakanan jadi kita lihat sekarang ini kerajaan memang menekankan sekuriti makanan jadi anak-anak istimewa ini juga tidak terlepas peluang untuk mendapatkan maklumat apakah yang dikatakan dengan sekuriti makanan,”katanya.

Beliau berharap, impak positif itu dapat disebarkan bukan sahaja kepada Bizara malah untuk keseluruhan komuniti di negeri tersebut.

Antara jenis tanaman yang diberikan termasuk jambu batu, mangga air bunga, longan mas, belimbing batu, limau bali dan bunga ixora.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here