Home Segmen Kesihatan 5 RAHSIA KEKAL BERTENAGA SEPANJANG PUASA

5 RAHSIA KEKAL BERTENAGA SEPANJANG PUASA

181
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

Tidak makan dan tidak minum sepanjang berpuasa bukanlah suatu halangan untuk anda berbuat ibadah dan melakukan kerja seharian.

Ramai yang beranggapan, apabila puasa mereka perlu tidur sepanjang masa supaya tidak terlalu letih bagi mengurangkan rasa lapar.

Malahan, ada yang terperap di dalam bilik tanpa berbuat apa-apa aktiviti.

Persoalannya bagaimana cara untuk kita kekal bertenaga di bulan ini?

Penulis berminat ingin kongsikan tip kekal bertenaga sepanjang puasa kepada anda.

Tips bertenaga di bulan puasa.

1. Jangan tinggalkan sahur

Makan ketika sahur adalah sumber tenaga untuk kita kekal cergas di siang hari. Kita perlu mengambil makanan yang seimbang dengan karbohidrat, protein, buah-buahan serta sayur-sayuran. Tetapi perlu makan dalam kadar yang biasa dan tidak terlalu banyak.

2. Berbuka dengan sederhana

Jangan ambil jumlah makanan yang banyak dalam satu masa. Perut akan terkejut dan boleh menyebabkan ketidakselesaan dan ketidakhadaman. Kita boleh mulakan dengan kurma atau kuih dan air dahulu.

3.Elak tidur selepas sahur atau subuh

Seeloknya elakkan tidur sekurang-kurangnya dua jam selepas bersahur kerana hormon kortisol adalah tinggi pada waktu pagi. Hormon ini berfungsi merangsang otak dan memberikan fokus serta melawan stres. Kadarnya akan turun sehingga paling rendah di waktu petang dan malam. Jika anda tidak memanfaatkan waktu ini, kecergasan badan akan berkurang.

4. Elakkan minuman berkafein

Jika tidak dapat berhenti mengambil kopi di bulan Ramadan, kurangkan pengambilannya.

5. Banyakkan minum air

Jangan lupa cukupkan keperluan air iaitu sekurang-kurangnya lapan gelas sehari. Air sangat penting untuk memberikan badan tenaga. Dengan masa yang terhad untuk minum air, kita boleh gunakan jadual 2-4-2 iaitu dua gelas semasa berbuka, empat gelas sebelum dan selepas solat tarawih dan dua gelas sewaktu sahur.

Amalkan gaya hidup sihat untuk kekal bertenaga di bulan Ramadan supaya kita dapat buat ibadah dengan baik tanpa sebarang keletihan.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here