Home Luar Negara PENGARAH TASKA DITAHAN MASUKKAN AIR KENCING DALAM BOTOL MINUMAN

PENGARAH TASKA DITAHAN MASUKKAN AIR KENCING DALAM BOTOL MINUMAN

246
0

TOKYO: Pengarah di sebuah taska di Jepun ditahan kerana disyaki mengisi botol minuman kanak-kanak lelaki dengan air kencing, kata jurucakap polis tempatan.

Portal Japan Today melaporkan, Toshifumi Miura, 24, mengaku bersalah dan mendakwa dia ‘cuba menakut-nakutkan’ kanak-kanak itu supaya mendengar kata, menurut polis.

Bagaimanapun, tidak diketahui sama ada kanak-kanak itu minum air dari botol berkenaan atau sebaliknya.

Miura didakwa melakukan perbuatan itu antara jam 10.15 pagi dan 2.30 petang Isnin.

Kejadian itu disedari ibu kanak-kanak itu selepas mendapati terdapat cecair kuning di dalam botol anaknya dan melaporkannya kepada polis.

Mereka sedang menyiasat sama ada Miura mungkin menyasarkan kanak-kanak lain untuk tujuan sama.

Pihak berkuasa perbandaran berkata taska itu menempatkan kanak-kanak berusia sehingga dua tahun.

Taska itu tidak beroperasi sejak Rabu susulan penahanan berkenaan. – AGENSI, HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here