Home Segmen Kesihatan 5 LANGKAH HILANGKAN HIDUNG TERSUMBAT

5 LANGKAH HILANGKAN HIDUNG TERSUMBAT

244
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

Hidung tersumbat membuatkan seseorang itu tidak selesa, ini disebabkan terdapat kumpulan hingus semasa mereka dijangkiti selesema.

Ada antara mereka akan merawat melalui pengambilan ubat-ubatan, malah ada juga yang menggunakan petua bagi mengurangkan kerengsaan itu.

Sebelum itu, mari kami kongsikan antara punca menyebabkan hidung tersumbat.

Menurut portal hellodoktor hidung tersumbat ialah satu kondisi di mana tisu dan salur darah yang terdapat di dalam hidung akan membengkak gara-gara ia mula meradang.

Kebiasaannya, masalah ini turut mengakibatkan penghasilan sejenis mukus iaitu hingus secara berlebihan sekali gus menyebabkan hidung terasa seperti tersumbat dengan sesuatu.

Terdapat banyak punca dan faktor risiko masalah ini berlaku, berikut adalah antara sebab yang paling umum:

  • Selesema
  • Flu
  • Asma
  • Jangkitan
  • Alahan
  • Septum hidung bengkok
  • Udara kering
  • Makanan pedas
  • Gangguan tidur
  • Bendasing di dalam hidung
  • Perubahan hormon yang terjejas
  • Pengambilan ubat yang tertentu
  • Kehamilan

Bukan itu sahaja sesetengah orang mengalami hidung tersumbat ketika ingin tidur.

Terdapat pelbagai cara untuk menghilangkan hidung tersumbat antaranya:

    • Mengambil ubat preskripsi daripada doktor atau ahli farmasi. Ia merupakan langkah yang paling diyakini dan diakui secara klinikal.
      • Menggunakan pelembap udara bagi menambahkan lagi kelembapan udara di ruang kediaman anda, dengan cara melepaskan wap sejuk ke dalam bilik tidur. Tujuannya adalah untuk mencegah udara yang telah terkedap di sekeliling kamar tidur anda daripada menjadi terlalu kering.
      • Menggunakan penyedut hingus untuk menyedut atau menarik keluar hingus yang tersumbat di dalam hidung anda terutama kalau ia sudah terlalu keras.
      • Menggunakan vapor rap atau nasal spray. Vapor rub itu ialah sejenis ubat sapu yang mengandungi sejenis menthol, eucalyptus dan beberapa badan kimia lain. Nasal spray pula adalah sejenis alat semburan yang turut mampu mencairkan dan mengeluarkan hingus dari hidung.
      • Cuba tidur dengan cara yang paling tepat. Anda boleh mencuba untuk tidur dengan cara meninggikan kepala menggunakan bantal. Cuba hindar daripada tidur pada posisi meniarap atau mengiring kerana ia mungkin berisiko membuatkan hingus lebih banyak terkumpul serta tersumbat dalam hidung. Ini bertujuan memudahkan anda bernafas di saat sedang tidur meskipun dengan hingus yang berkumpul dalam hidung.

      IMedikel TV

      LEAVE A REPLY

      Please enter your comment!
      Please enter your name here