Home Buletin Semasa RM500,000 DIPERUNTUK BAGI PROJEK IDEAS

RM500,000 DIPERUNTUK BAGI PROJEK IDEAS

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

KOTA BHARU: Malaysia menerima peruntukkan sebanyak RM500,000 bagi pelaksanaan Projek Peningkatan Kemahiran Digital dan E-Dagang Usahawan PMKS Wanita ASEAN (IDEAS) menerusi kerjasama antara ASEAN dengan rakan strategiknya Korea Selatan bagi meningkatkan kapasiti digital dalam kalangan usahawan wanita.

Ketua projek IDEAS, Datuk Profesor Dr. Nik Maheran Nik Muhammad berkata, bajet tersebut adalah termasuk dengan kerja-kerja Latihan Jurulatih (TOT).

“Daripada jumlah tersebut, kita sudah menggunakan sebanyak RM400,000 dan selebihnya adalah untuk tujuan “mentoring” bersama pihak Universiti Malaysia Kelantan (UMK) pada tahun ini.

“Kesemua usahawan IDEAS ini adalah 242 orang, walaupun tempoh latihan mereka secara formal hanya enam bulan sahaja tetapi mereka bersama kita lebih daripada dua tahun kerana kita mempunyai “coaching” secara personal dan juga program atas talian,” katanya ketika ditemui pada Isnin.

Beliau berkata, pihaknya akan melatih kesemua usahawan IDEAS itu supaya lebih ramai lagi daripada mereka dapat beralih kepada aplikasi digital dan e-dagang.

“Produk yang mereka semua usahakan setakat ini adalah 30 peratus “food and beverages”, jadi kita akan cuba jadikan ia makanan yang sedia boleh makan dan boleh eksport ke Korea kerana mereka mengharapkan produk yang boleh dijual secara atas talian, jadi kita akan tingkatkan kemahiran mereka yang sedia ada,” katanya.

Mengulas lanjut, pihaknya bakal memilih seramai 100 usahawan IDEAS yang layak untuk menembusi peringkat antarabangsa.

“Ada beberapa usahawan yang sudah meningkat 100 peratus daripada sebelumnya, program ini mungkin dapat memberi motivasi dan faktor kepada mereka untuk lebih maju ke hadapan terutama mereka yang sudah berniaga tetapi masih kurang bersemangat,” katanya.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here