Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV
KOTA BHARU: Sebanyak 300 kit bantuan banjir diserahkan di Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Mas, di sini, semalam.
Menurut ADUN Rohani Ibrahim, kit tersebut akan diagihkan kepada mangsa banjir di Pasir Mas dan Tumpat.

“Alhamdulillah hari ini saya menerima sumbangan daripada pihak Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) dengan kerjasama IMedikel, Datuk Yusmat Mamat.
“Jutaan terima kasih di atas sumbangan ini semoga dapat meringankan beban yang ditanggung mangsa banjir.
“Kit ini kita akan diagihkan kepada mangsa banjir di Pasir Mas dan Tumpat yang mana sebahagian besarnya masih lagi belum pulang ke rumah dan ada yang perlu berulang alik untuk membersihkan rumah. Jadi mereka perlu tinggal di Pusat Pemindahan Sementara (PPS),”katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas pihak PKINK menyerahkan kit bantuan banjir di Pejabat ADUN Tanjung Mas, di sini, semalam.
Menurutnya kit bantuan itu termasuk produk penjagaan diri iaitu berus gigi, sanitizer, syampu dan tuala wanita untuk kegunaan mangsa banjir di PPS.
Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif PKINK, Datuk Zamri Ismail dan wakil IMedikel, Pegawai Pengembangan Perniagaan dan Jualan, Mohd Firdaus Mohamed Yusoff.
IMedikel TV






