PALMA, Sepanyol: Raphinha dan Lamine Yamal mencetus inspirasi kemenangan pertama Barcelona dalam empat aksi La Liga apabila mereka membenam Mallorca 5-1 awal pagi tadi.
Kemenangan komprehensif itu menyaksikan kelab gergasi Catalunya mengumpul 37 mata di puncak liga, empat mata di depan pasukan tangga kedua Real Madrid, tetapi dengan beraksi lebih dua perlawanan.
Juara Sepanyol dan Eropah kendalian Carlo Ancelotti berpeluang mengurangkan jurang kepada satu mata kembali awal pagi esok apabila mereka bertandang ke Athletic Bilbao.
Mallora kekal di tangga keenam La Liga, masih dua mata di belakang Bilbao bagi tempat ke Liga Juara-Juara.
Ferran Torres memberikan Barcelona gol pendahuluan, sebelum Vedat Muriqi menyamakan kedudukan bagi memastikan kedua-dua pasukan terikat pada hujung babak pertama yang seimbang. – BH Online –
IMedikel TV






