Home Luar Negara 16 PELAJAR TERBUNUH SEKOLAH RUNTUH DI NIGERIA

16 PELAJAR TERBUNUH SEKOLAH RUNTUH DI NIGERIA

143
0

JOS: Sekurang-kurangnya 16 pelajar terbunuh pada Jumaat apabila sebuah sekolah di tengah Nigeria runtuh menimpa pelajar yang sedang menduduki peperiksaan, kata seorang wartawan AFP selepas melawat hospital.

Pegawai, setakat ini hanya berkata, “beberapa pelajar” terbunuh apabila sekolah Saint Academy di daerah Jos North Plateau State runtuh dalam bilik darjah.

Bagaimanapun, seorang wartawan AFP melihat lima mayat dalam sebuah bilik mayat hospital dan 11 lagi dalam bilik mayat lain.

Semua mangsa memakai baju sekolah. Pegawai hospital tidak memberi sebarang komen mengenainya. – AFP,BH Online –

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here