Home Luar Negara 13 MAUT DALAM KEMALANGAN JALAN RAYA DI INDIA

13 MAUT DALAM KEMALANGAN JALAN RAYA DI INDIA

132
0

NEW DELHI: Memetik laporan Bernama-Anadolu menerusi Berita Harian tiga belas orang maut, manakala 27 lagi cedera dalam kemalangan jalan raya di negeri Bihar, timur India semalam, lapor Anadolu Ajansi.

Kemalangan berlaku apabila sebuah bas penumpang bertembung dengan sebuah trak pikap di Katihar, kata pegawai kanan polis kawasan itu, Shikhar Choudhary kepada pemberita.

“Rawatan terhadap mangsa yang cedera sedang dijalankan,” katanya.

Perdana Menteri Narendra Modi menyifatkan insiden itu sebagai “amat menyedihkan”.

“Takziah kepada mereka yang kehilangan orang tersayang. Semoga mangsa yang cedera segera pulih,” menurut pejabat Modi dalam hantaran di platform media sosial X. – Bernama-Anadolu, BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here