Home Hiburan HELIZA, HAZWANI SIFATKAN MISI GSF 2.0 SEBAGAI JIWA PERJUANGAN

HELIZA, HAZWANI SIFATKAN MISI GSF 2.0 SEBAGAI JIWA PERJUANGAN

64
0

KUALA LUMPUR: Memetik laporan menerusi Harian Metro penyanyi yang juga pelakon Heliza Helmi, 40, dan adiknya, Hazwani, 29, menyifatkan keberadaan mereka dalam misi Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 untuk ‘membawa’ doa serta cinta untuk Palestin.

Menerusi hantaran video terbaharu di Instagram (IG) masing-masing, mereka menjelaskan misi GSF itu adalah jiwa perjuangan sekali gus bukan sekadar perkataan sahaja.

“Sumud, Sumud, Sumud, apa itu Sumud? Sumud adalah bukan perkataan. Sumud adalah jiwa perjuangan.

“Sumud ini adalah gambaran kekuatan warga Palestin yang dah hampir lapan dekad berjuang. Sumud adalah harapan tatkala dunia sedang membisu.

“Insya-Allah, kami akan berlayar membawa doa kalian serta cinta kalian untuk Palestin. Ini juga adalah doa mereka dan kita kena bersatu dalam perjuangan ini,” kata Heliza dan Hazwani dalam video berkenaan.

Kedua-dua beradik itu berada di atas kapal layar dengan semangat juang yang tinggi dengan menggalas harapan besar untuk membawa sinar harapan buat warga Gaza daripada rakyat Malaysia.

Meninjau ruangan komen, pelbagai kata mendoakan dan semangat ditinggalkan netizen agar misi GSF 2.0 kali ini berjaya serta kira-kira 40 peserta dari Malaysia kembali ke tanah air dengan selamat.

“Bismillah, thank you sisters.. Insya-Allah. Sumud!,” komen pelakon Tiz Zaqyah.

“Alhamdulillah insya-Allah, semoga Allah SWT kurniakan petunjuk lebih dekat dari ini,” tulis seorang warganet.

“Allah jaga dan Allah bantu. Terima kasih kerana terus semangat. Selamat pergi dan selamat kembali wira negara,” kata netizen.

“Semoga dipermudahkan segala urusan ‘team’ Sumud 2.0. Kami doakan untuk kalian,” ujar seorang warga maya.

Selain Heliza dan Hazwani, misi Sumud 2.0 ini turut disertai oleh Ardell Aryana dan Haroqs yang pernah menyertai delegasi GSF pertama ke Gaza pada tahun lalu.

Difahamkan, misi GSF 2.0 ini berangkat pada 6 April lalu dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bakal membabitkan lebih 80 kapal dan 1,000 peserta dari seluruh dunia.

Misi GSF 2.0 turut bertujuan menentang kepungan Israel dan membantu krisis kemanusiaan di Gaza dengan sumbangan berupa makanan, ubat-ubatan, pakaian dan sebagainya.

Barisan delegasi misi ini juga merangkumi pembabitan petugas awam seperti doktor, guru dan pembina ekologi yang akan memberikan bantuan serta sokongan komuniti kepada rakyat Palestin. – HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here