Oleh: Nur Athirah Azman, Wartawan I Medikel TV
Dunia semakin maju, sudah tentu kehendak manusia juga semakin tinggi khususnya wanita yang kian terdedah dengan pelbagai jenis trend untuk lebih maju ke hadapan.
Soal harta ini jelas sekali wanita zaman sekarang tidak terlalu bergantung sepenuhnya pada lelaki.
Rata-rata di media sosial, ramai Wanita menjana pendapatan sendiri melalui platform atas talian.
Namun, masih ada yang beranggapan wanita tidak perlu mengejar untuk bekerja kerana pada akhir tempatnya di dapur.
Itu adalah stigma masyarakat kepada perempuan yang bekerjaya.
Wartawan I Medikel TV bertanyakan pendapat orang ramai, berhubung isu berkenaan.

Wan Nurul Aida Nazwa Wan Ahmad, 24, berkata wanita perlu berdiri di atas kaki sendiri.
Wan Nurul Aida Nazwa Wan Ahmad, 24, dari Machang, berpendapat bahawa perempuan tidak semestinya hidup menumpang pada lelaki walaupun suami daripada golongan berada atau tidak.
“Jika suatu hari nanti, kita dah berkahwin, kita tak mengharapkan sepenuhnya pada suami, semuanya perlukan duit untuk kita sendiri nak ada kehidupan lebih baik dan berdiri di kaki sendiri.”
“Kalau tengok zaman sekarang ramai kahwin sebelum ada simpanan atau pendapatan yang tetap sebab dalam mindset fikir suami akan tanggung, awal perkahwinan mungkin indah tapi kita tidak tahu selepas setahun atau dua tahun apa akan jadi,” katanya.

Hal itu disokong Sakinah Haziman, 25, dari Bachok menyatakan perempuan perlu ada aset atau harta sendiri sebelum mendirikan rumah tangga untuk kehidupan pada masa sekarang.
“Harta atau aset bukan sahaja dari segi duit sahaja malah dari segi usaha, daya kepimpinan dan sikap berdikari untuk tingkatkan wawasn hidup dan lebih bersedia untuk masa akan dating,” katanya.

Manakala Rabiatul Adawiah Zakaria, 25, dari Melawi, Bachok, yang juga pengusaha “franky fries” di Kota Bharu berkata, banyak kepentingan kaum hawa pada zaman ini adalah hasil titik peluh mereka sendiri.
“Kita tidak tahu masa depan kita bagaimana, andai kata kita berharap pada duit lelaki, suatu hari nanti jika dia meninggalkan kita, bagaimana kita nak cari harta untuk meneruskan hidup,”katanya.
Maka, perempuan perlulah belajar untuk kembangkan lagi duit tidak kiralah dari segi pelaburan mahupun melalui platform perniagaan.
Imedikel TV






