LONDON: Arsenal dikejutkan dengan dua gol lewat permainan oleh Aston Villa ketika tewas 2-0 di laman sendiri, sekali gus menyerahkan teraju Liga Perdana Inggeris kepada juara bertahan, Manchester City.
Pemain gantian Villa, Leon Bailey menolak masuk bola pada minit ke-84 sebelum Ollie Watkins memastikan kemenangan pelawat tiga minit kemudian.
Arsenal kekal di tangga kedua, dua mata di belakang City dan menyamai kutipan mata Liverpool yang menghuni tangga ketiga dengan enam perlawanan berbaki musim ini.
Villa berada di tangga keempat, tiga mata di depan Tottenham Hotspur tetapi bermain lebih satu perlawanan. – REUTERS,BH Online –
Imedikel TV






