Home Luar Negara VIETNAM ISYTIHAR PERINTAH DARURAT SUSULAN KEMARAU

VIETNAM ISYTIHAR PERINTAH DARURAT SUSULAN KEMARAU

168
0

HANOI: Vietnam mengisytiharkan perintah darurat susulan kemarau melanda di beberapa kawasan hingga mengakibatkan beribu orang mengalami kekurangan air tawar, semalam.

Gelombang haba selama berminggu-minggu membawa kemarau dan kemasukan air masin ke kawasan wilayah Tien Giang, 60 kilometer (km) ke selatan hab perniagaan Ho Chi Minh City.

Kawasan Tan Phu Dong di wilayah itu dengan garis pantai sepanjang 12 km di sepanjang Laut China Selatan, bersilang dengan laluan air, sudah terjejas teruk.

Salinasi – ‘pencerobohan’ air masin dari laut menjejaskan tanaman dan beribu-ribu isi rumah dalam kalangan 43,000 orang yang tinggal di kawasan itu.

Keadaan darurat berhubung kekurangan air untuk kegunaan domestik diumumkan semalam bagi daerah Tan Phu Dong. – AFP, HMetro Online –

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here