Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV
Tomato adalah sumber vitamin C untuk badan seseorang. Selain itu tomato juga mengandungi vitamin A dan vitamin K.
Secara tidak langsung, tomato juga mempunyai khasiat dan kebaikan pada rawatan kulit wajah.
Dengan khasiat nutrien dan vitamin pada kandungannya membolehkan orang ramai memasukkannya dalam rutin penjagaan kulit.
Ia juga sesuai untuk semua jenis kulit wajah.
Antara kebaikannya adalah:
- Membantu menghilangkan sel kulit mati: disebabkan oleh persekitaran yang tercemar, kulit wajah akan banyak menyerap kekotoran dan minyak menyebabkan tidak sekata dan pori-pori tersumbat. Buah itu sangat berkesan untuk digunakan kerana dapat dijadikan bahan pengelupasan kulit yang membantu menyingkirkan sel kulit mati.
- Mengurangkan minyak pada wajah: kulit wajah kerap berminyak akibat bahan mekap yang digunakan, oleh itu orang ramai boleh menggunakan buah tomato dengan menggosokkannya paa bahagian wajah selama 10 hingga 15 minit dan membilasnya. Kemudian mereka akan merasakan kulit yang licin dan bebas minyak.
- Bebas jerawat: jerawat yang naik pada kulit wajah adalah perkara yang normal, dengan khasiat tomato yang mengandungi vitamin A, C, dan K dan juga mempunyai sifat berasid dapat membantu dalam mengekalkan tahap pH yang sesuai untuk kulit dan mempunyai sifat pembersihan yang mendalam.
- Menghidratkan Kulit: tomato boleh dijadikan jus tomato dan dicampurkan dengan gel aloe vera untuk melembapkan kulit. Ia dapat mengimbangi kelembapan pada kulit wajah.
- Mengurangkan Tanda-Tanda Penuaan: tomato mempunyai vitamin B dan mempunyai ciri anti-penuaan yang sangat membantu dalam melawan tanda-tanda penuaan dan mengembalikan keremajaan kepada kulit. Ia boleh digunakan dengan cara mengisar dalam tekstur air dengan mencampurkan madu serta disapu pada muka. Kemudian dibilas selepas 15 minit untuk mendapatkan kulit yang berseri.






