Home Buletin Semasa BUBUR LAMBUK WARNAI KEBERSAMAAN DI KALANGAN WARGA PPKI SMK KOTA MASAI

BUBUR LAMBUK WARNAI KEBERSAMAAN DI KALANGAN WARGA PPKI SMK KOTA MASAI

Oleh: Muhammad Fatkhurrozak Sokhipul Hadi & Nik Nurzayumie Che Mat Zailani

KOTA MASAI: Bubur lambuk adalah antara hidangan yang sangat popular apabila tiba bulan ramadhan.

Kebiasaanya, ia dimasak secara bergotong royong lalu dijadikan menu berbuka puasa bersama atau diagih-agihkan kepada masyarakat setempat.

Tidak ingin melepaskan peluang, barisan pendidik PPKI SMK Kota Masai berganding bahu bergotong royong memasak menu bubur lambuk untuk dikongsikan bersama murid pendidikan khas.

Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas, Jamilah Ali, berkata program tersebut adalah salah satu daripada program Ihya Ramadhan yang dianjurkan bersama bagi mewarnai kebersamaan antara guru dan murid di PPKI.

Bubur lambuk warnai kebersamaan di kalangan warga PPKI SMK Kota Masai

“Program ini adalah bertujuan bagi memupuk semangat kerjasama dikalangan guru dan murid untuk sama-sama kita indahkan bulan ramadhan dengan nilai kebersamaan dan keharmonian serta kasih sayang antara kita semua,” katanya.

Sepanjang bulan ramadhan, PPKI SMK Kota Masai mempersiapkan program-program keagamaan dalam menceritakan keindahan ramadhan kepada MBPK.

 Sumbangan infaq juga diberikan bagi meraikan pelajar yang kurang berkemampuan sekaligus memupuk nilai saling berbagi dan berkongsi untuk merasai kemeriahan Aidilfitri yang bakal menjelang.

Katanya program itu berlangsung pada 2 April bersamaan dengan Hari Kesedaran Autisme Sedunia bertemakan ‘Empowering Autistic Voices’ yang mengajak orang ramai untuk fokus pengetahuan, kesedaran dan keberdayaan golong autisme.

Tambahnya, barisan guru dan murid turut serta dengan memakai baju biru sebagai tanda sokongan kepada golongan autisme dan memberi kesedaran masyarakat untuk saling menghargai dan memahami golongan autisme.

“Bulan ramadhan adalah bulan yang tepat untuk kita meningkatkan keimanan dan menanam nilai murni  yang tinggi termasuk semangat untuk saling berkongsi rezeki dan sifat peduli diantara sesama manusia.

“Semoga dengan kehadiran ramadhan, akan menjadikan diri kita seorang manusia yang mempunyai nilai empati yang tinggi dan mewujudkan sifat mahmudah dalam diri untuk menjadikan kita seorang manusia yang membawa manfaat kepada orang lain,” katanya.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here