Home Buletin Semasa VETERAN ATM RAIH KEUNTUNGAN RM80 RIBU SEBULAN DENGAN KERJAYA KEDUA

VETERAN ATM RAIH KEUNTUNGAN RM80 RIBU SEBULAN DENGAN KERJAYA KEDUA

167
0

Oleh: Nur Athirah Azman, Wartawan Imedikel TV

KOTA BHARU: Seorang veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berjaya memperoleh keuntungan sebanyak RM80 ribu sebulan setelah menceburi bidang perniagaan sebagai kerjaya keduanya.

Nik Mohd. Fahizul Nik Mohamad Mustapha,44, berkata, dengan pengalaman yang ada dia mampu membuka kedai untuk menyelenggara dan membaik pulih pacuan empat roda sejurus tamat perkhidmatan di dalam Kor Jurutera Letrik dan Jentera DiRaja (JLJ) sejak lima tahun lalu.

“Saya memilih perniagaan untuk dijadikan kerjaya kedua kerana saya tengok tidak ramai yang menyediakan perkhidmatan untuk menyelenggara dan membaik pulih kenderaan 4×4 pada ketika itu.”katanya kepada pemberita pada Program Peduli Veteran Peringkat Negeri Kelantan di kedai miliknya, Pejomotor Sport di Melor, di sini, baru-baru ini.

Nik Fahizul berkata sebelum ini dia seorang anggota tentera berpangkat Sarjan di JLJ, Kem Desa Pahlawan, Kok Lanas sejak Jun 2018 dan bersara ketika berusia 39 tahun.

“Dalam masa setahun saya buka perniagaan ini, saya hanya bermodalkan RM80 ribu dan hanya mampu membuka satu pintu sahaja dengan dua tenaga pekerja iaitu kerani dan mekanik namun alhamdulillah usaha saya membuahkan hasil kerana sekarang ni saya dapat menambah tujuh lagi pekerja.

“Perkhidmatan yang saya sediakan ini khas untuk pengguna pacuan empat roda 4×4 dan mereka juga boleh menukar minyak enjin.”katanya.

Tambah Nik Faizul, harga bagi perkhidmatan membaik pulih kenderaan adalah bermula RM200 dan ke atas.

Mengulas lanjut, setiap bulan kira-kira sebanyak 80 buah kenderaan yang diselenggara di kedainya.

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here