Home Sukan VERSTAPPEN SETIA BERSAMA RED BULL HINGGA AKHIR KARIER

VERSTAPPEN SETIA BERSAMA RED BULL HINGGA AKHIR KARIER

SALZBURG: Walaupun terdapat pelbagai spekulasi mengenai destinasi Max Verstappen sebelum karier Formula Satu (F1) berakhir, Ketua Pegawai Eksekutif Red Bull, Oliver Mintzlaff tampil dengan keyakinan penuh.

“Saya rasa wujud saling menghargai dan kesetiaan yang sangat besar,” kata Mintzlaff kepada akhbar Belanda, De Telegraaf mengenai pemandu utama Red Bull itu.

“Bagi saya, tiada keraguan bahawa Max Verstappen akan menamatkan kariernya bersama Red Bull.”

Memetik laporan Reuters menerusi Harian Metro, Verstappen, 28, juara dunia F1 empat kali berturut-turut menjelang musim 2025.

Namun, dia bermula agak perlahan dan situasi itu sedikit sebanyak mencetuskan khabar angin mengenai kemungkinan meninggalkan pasukan melalui klausa prestasi dalam kontraknya.

Bagaimanapun, pada penghujung Julai, Verstappen mengesahkan dia akan kekal bersama Red Bull sehingga musim 2026, sekali gus menamatkan spekulasi perpindahan ke Mercedes.

Komitmen itu jelas terpamer di litar apabila Verstappen memenangi enam daripada sembilan perlumbaan terakhir musim ini, selepas hanya mencatat dua kemenangan daripada 15 perlumbaan awal.

Pecutan lewat itu hampir menghadiahkan gelaran dunia kelima berturut-turut sebelum Lando Norris muncul juara buat kali pertama dalam musim ketujuhnya.

“Apa yang penting untuk saya katakan ialah saya tidak bimbang langsung dengan sebarang klausa prestasi dalam kontraknya,” kata Mintzlaff.

“Apa yang paling penting bagi seorang atlet ialah melihat seluruh pasukan memberikan segala-galanya untuk dia. Dan saya fikir Max cukup terkesan dengan perubahan keputusan serta suasana positif dalam pasukan tahun ini.”

Verstappen masih terikat kontrak dengan Red Bull sehingga 2028, namun dia mengakui keputusan untuk kekal lebih lama juga bergantung kepada hala tuju peraturan teknikal baharu F1 membabitkan enjin dan konfigurasi jentera. – REUTERS, HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here