DUBAI: Atlet Belgium Marten Van Riel mengatasi cabaran sengit jaguh Jerman Rico Bogen untuk muncul juara Kejohanan Triatlon Dunia T100 yang kali pertama berlangsung di Dubai, semalam.
Van Riel, 31, yang beraksi di acara akhir dengan tanpa tekanan mempamerkan renangan mengagumkan, kayuhan berbasikal dan larian yang sukar digugat lawan untuk memastikan kemenangan dan gelaran dunia T100 pertamanya.
“Ia memang sukar memakai bib nombor satu,” kata Van Riel. “Dalam kepala saya, saya tahu podium semakin hampir tetapi saya lebih fokus kemenangan.”
Bogen juara bertahan Kejohanan Dunia Ironman 70.3, tidak ketinggalan jauh dengan Van Riel hampir majoriti larian 18 kilometer (km) tetapi gagal mengekalkan momentum pada baki beberapa km terakhir.
Dengan menduduki tempat kedua di Dubai dan meraih gangsa di San Francisco, melonjakkan Bogen ke tangga ketiga dalam ranking keseluruhan.
“Saya mahu buktikan kepada dunia saya boleh beraksi pada kedua-dua cuaca sejuk dan panas,” kata Bogen. “Sekarang saya tahu mampu melakukannya.
Atlet Britain Alistair Brownlee yang berdepan kecederaan dan penalti sepanjang musim ini meraih podium pertama T100 dengan meraih pingat gangsa selepas memintas pelari New Zealand Kyle Smith menuju ke penamat. – REUTERS, HMetro Online –
IMedikel TV






