Home Buletin Semasa PERBEZAAN GAJI MINIMA BOLEH BERLAKU MIGRASI PEKERJA

PERBEZAAN GAJI MINIMA BOLEH BERLAKU MIGRASI PEKERJA

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

KOTA BHARU: Rentetan kenaikan gaji minimum daripada RM1,500 kepada RM1,700 sebulan yang akan berkuatkuasa pada 1 Februari 2025 menjadi perdebatan pelbagai pihak khususnya para majikan.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli ketika menjawab soalan dalam Sesi Libat Urus Rancangan Malaysia Ke-13, (RMK13) Kementerian Ekonomi bersama Orang Awam, Penggiat Industri dan Badan Bukan Kerajaan (NGO), berkata memahami situasi tersebut.

“Saya faham dan bersetuju, terdapat kesan apabila kita ada gaji minima sahaja di seluruh negara.

“Kalau ikut ketetapan Majlis Rundingan Gaji Negara (MPGN), kita ada satu gaji minima iaitu RM1700 seluruh negara maka akan ia akan diselaraskan.

“Soal gaji minima bagi pandangan saya adalah sama sudah tentu kos di Kelantan lebih berlainan berbanding kos di Kuala Lumpur,”katanya.

Menurutnya jika terdapat perbezaan gaji minima mungkin ada migrasi pekerja dari kawasan gaji minima rendah ke kawasan gaji minima tinggi.

“Dalam pendekatan kerajaan di Kementerian Ekonomi kita pun dah beralih daripada satu garis untuk satu negara sebab itu kita nak beralih kepada B40, M40 dan T20 sebab satu garis satu negara sedangkan realiti ekonomi adalah berbeza mengikut lokasi yang berbeza dan tanggungan yang berbeza.

“Jadi ini adalah antara fungsi sesi libat urus, kita boleh mendengar daripada pelbagai pihak. Dan kami di pihak kementerian akan bawa isu yang dibincangkan ini kepada kementerian masing-masing. Fungsi kementerian kami adalah sebagai kementerian yang membangunkan perancangan kerajaan.

“Kalau berkenaan gaji minima ia akan membabitkan Kementerian Sumber Manusia (KESUMA), mereka ada pandangan sendiri,”katanya.

Tambahnya pihak kementerian menimbang tara pelbagai sudut jika penyelerasan gaji minima dikuatkuasakan.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here