Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV
KOTA BHARU: Kerajaan Persekutuan bercadang untuk membangun tanah yang belum diterokai di Kelantan yang berpotensi untuk dibangunkan sebagai pemangkin dalam industri makanan dan pertanian.
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, pihaknya merancang untuk membangunkan lebih banyak kilang terutama yang berasaskan industri tersebut dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi menarik pelabur masuk ke negeri itu.
“Aset utama di negeri Kelantan adalah tanah bukan sahaja hak milik persendirian tetapi milik kerajaan yang masih belum diteroka.
“Jadi untuk pembangunan, kita boleh gunakan aset yang ada sebagai kawasan perindustrian,”katanya ketika berucap pada Sesi Libat Urus Rancangan Malaysia Ke-13, (RMK13) Kementerian Ekonomi bersama Orang Awam, Penggiat Industri dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) di sini.
Tambahnya dalam tempoh lima hingga 15 tahun akan datang, kerajaan menjangkakan banyak peluang pekerjaan yang ada di Kelantan ke arah memajukan industri makanan dan pertanian.
IMedikel TV






