Home Sukan 54 PELUMBA DARI 5 NEGERI BURU KEJUARAAN GG4X4 MEDIUM CORE 2026 

54 PELUMBA DARI 5 NEGERI BURU KEJUARAAN GG4X4 MEDIUM CORE 2026 

MARANG – Cuaca tidak menentu dan keadaan laluan yang lebih mencabar ketika musim tengkujuh bakal menguji keupayaan 54 pelumba jentera pacuan empat roda (4×4) pada kejohanan GG4x4 Medium Core 2026 yang bermula Jumaat ini.

Berlangsung selama dua hari di Bukit Payung, Marang, pertandingan itu menampilkan dua kategori iaitu Medium Core dan Hantu Hardcore, dengan penyertaan daripada komuniti 4×4 termasuk pelumba yang datang dari beberapa negeri.

Pengarah pertandingan, Tengku Khairul A. Rahman berkata, penganjuran itu pada asalnya bertujuan memberi peluang kepada pemilik jentera 4×4 persendirian, khususnya penduduk kampung sekitar, untuk merasai sendiri cabaran perlumbaan sebenar.

“Kami tidak menyangka menerima jumlah penyertaan yang begitu menggalakkan, malah ada dalam kalangan pelumba yang sanggup datang dari beberapa negeri untuk menyertai pertandingan ini.

“Pada asalnya, penganjuran ini bertujuan memberi peluang kepada pemilik jentera 4×4 persendirian, khususnya penduduk kampung sekitar, untuk merasai sendiri cabaran perlumbaan sebenar.

“Namun, permintaan daripada pelumba profesional yang mahukan cabaran lebih kompetitif ketika musim hujan mendorong kami memperkenalkan kategori Hantu Hardcore,” katanya.

Tengku Khairul yang juga pelumba profesional dan pernah beraksi di peringkat antarabangsa berkata, sambutan yang diterima cukup membanggakan penganjur meskipun kejohanan itu tidak menawarkan hadiah kemenangan yang lumayan.

Setiap pelumba perlu mengharungi lima peringkat cabaran atau special stage (SS), yang perlu ditempuhi dalam tempoh dua hari perlumbaan.

Perlumbaan anjuran Kelab GG4x4 yang berpangkalan di Kampung Binjai Bongkok, Bukit Payung itu turut mendapat kerjasama penduduk setempat, sekali gus berpotensi menjadi tarikan pelancongan berasaskan komuniti di kawasan luar bandar.

IMedikelTV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here