Home Sukan USIA BUKAN FAKTOR PERSARAAN – MESSI

USIA BUKAN FAKTOR PERSARAAN – MESSI

201
0

FORT LAUDERDALE, Amerika Syarikat: Lionel Messi tidak menganggap usia sebagai faktor penentu dalam perancangan persaraannya, namun menyatakan dia tidak jelas apa yang akan dilakukannya apabila masanya tiba nanti.

Messi, yang beraksi selama 17 di Barcelona sebelum menyertai Paris Saint-Germain pada 2021 dan Inter Miami tahun lalu, akan berusia 37 tahun tiga bulan lagi tetapi pasti umur tidak akan menentukan bila masanya untuk menggantung but.

“Saya tahu apabila detik saya berasakan saya tidak lagi mampu beraksi dengan baik, saya tidak lagi berseronok dengannya atau membantu rakan sepasukan saya (saya akan bersara),” kata Messi kepada podcast Big Time dalam satu wawancara yang disiarkan semalam.

“Saya seorang yang suka mengkritik diri sendiri. Saya tahu bila saya bertindak dengan baik, bila saya tidak, bila saya beraksi dengan bagus dan bila saya bermain teruk. Bila saya berasakan ia masanya untuk mengambil langkah itu, saya akan melakukannya tanpa memikirkan mengenai usia.

“Jika saya berasa bagus, saya akan cuba terus bersaing kerana itulah yang saya suka dan saya tahu bagaimana melakukannya.”

Ditanya sama ada dia sudah mula memikirkan mengenai apa yang akan dilakukan selepas ini, pemegang rekod dengan lapan anugerah Ballon d’Or itu tidak mempunyai jawapan yang tepat.

“Saya tidak memikirkan mengenainya lagi. Buat masa ini, saya cuba untuk menikmati setiap hari, setiap detik, tanpa memikirkan mengenai masa depan. Saya tidak mempunyai sesuatu yang jelas lagi,” kata Messi.

“Saya berharap untuk bermain lebih lama lagi, kerana itulah yang saya seronok lakukan. Apabila tiba masanya, saya pasti akan mencari jalan untuk memenuhi kekosongan itu dengan apa yang saya suka selain satu peranan baharu.”

Messi terlepas aksi persahabatan antarabangsa Argentina menentang El Salvador dan Costa Rica di Amerika Syarikat minggu lalu kerana mengalami kecederaan hamstring. – REUTERS,BH Online-

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here